Saturday, April 23, 2011

I LOVE MY NAME :)



ANIS,NAMA PEREMPUAN ATAU LELAKI?

Tajuk entri kali ni agak menarik terutamanya kepada pembaca yang bernama Anis, dan penulis yakin 95% atau lebih pembaca dari Malaysia yang bernama Anis adalah kaumhawa. Mungkin ada yang tertanya-tanya setelah membaca tajuk entri kali ini, Anis nama untuk perempuan atau lelaki? Setiap nama yang mempunyai maksud yang baik kepada muslim atau muslimah boleh digunakan, tak salah lelaki atau perempuan asalkan bersesuaian dengan fitrah. Contohnya Amirah yang membawa maksud puteri atau ratu, sesuailah untuk nama perempuan, walaupun membawa maksud yang baik ianya amatlah tidak sesuai untuk lelaki, betul tak?

Baiklah berbalik kepada Anis, pertama sekali mari kita kenali dengan maksud nama Anis. menurut laman web ini Anis bermaksud yang mesra, teman setia, serta ramah-tamah dalam pergaulan, dan ianya berada di dalam kategori nama lelaki. Kalau tengok pada maksud, tak salah untuk perempuan pakai nama Anis, kenapa dibezakan dalam kategori nama lelaki? Jadi penulis jalan-jalan lagi tengok pada kategori nama perempuan untuk Anis. Nama yang terdekat untuk Anis dalam kategori perempuan adalah Anisah yang membawa maksud, yang mesra, pelipur. Kenapa dibezakan Anis untuk lelaki dan Anisah untuk perempuan?

Untuk mendapatkan lebih penjelasan, penulis mulakan pencarian dengan nama tokoh-tokoh Islam kerana penulis berpendapat nama untuk muslim dan muslimah tentulah bermula dari permulaan tamadun Islam itu sendiri. Hasilnya penulis berjaya mendapatkan maklumat bahawa salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW bernamaAbdullah Bin Anis. Bin Anis menunjukkan bahawa Abdullah merupakan Anak kepada Anis, yang merupakan bapanya. selain dari itu, antara tokoh islam lain pada zaman Rasulullah SAW adalah Abu Dzar Al-Ghifari yang mempunyai adik lelaki bernama Anis. Abu Dzar Al-Ghifari merupakan antara orang yang pertama memeluk Islam pada ketika Dakwah Rasulullah SAW masih lagi secara tertutup dan berbisik-bisik. Setelah memeluk Islam, beliau dak adik lelakinya, Anis telah mengislamkan ibunya, saudara-maranya, dan hampir keseluruhan kaumnya.

Penulis meneruskan lagi pencarian tokoh-tokoh dengan nama Anis dan menemukan penulis dengan tokoh ulama dari Jawa Tengah, Habib Anis bin Alwi bin Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi rahimahumullah dan beliau telahpun kembali menemui Allah s.w.t. pada tanggal 14 Syawwal 1427 H bersamaan 6 November 2006 dalam usia kira-kira 78 tahun. Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang amat dihormati, dan sewaktu hayatnya sentiasa mengabdikan dirinya untuk berdakwah menyebarkan ilmu dan menyeru umat kepada mencintai Junjungan Nabi SAW. Al-Fatihah disedekahkan buat beliau.
Al Habib Anis bin Alwi Al Habsyi

Untuk pencarian terakhir, penulis masukkan keyword "anis arabic" pada carian Google dan telah mendapatkan satu hasil yang menakjubkan, Anis in United Arab Directory. Penulis telah berjaya mendapatkan seramai 81 individu profesional dengan nama Anis, dan mereka adalah lelaki. Mohamed Anis Chemli, Anis hamdani, Anis Alaeddin, Anis Hassan, Mohammed Anis Dadani dan lain-lain. Bagaimana dengan penulis, Nik Mohamad Anis. Menarik?

Manis,WOOT!



All above taken from

No comments:

Post a Comment